LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 




NAMA SYARIKAT
·                                           Nama syarikat ialah De’Choco Sdn. Bhd.. Nama ini diambil berdasarkan rasa coklat asli yang dihasilkan sendiri oleh pemilik bersama rakan-rakan kongsi syarikat ini sendiri.

JENIS PERNIAGAAN
·                                            Jenis perniagaan De’Choco ialah perniagaan perkongsian. Ini kerana syarikat De’Choco mempunyai DUA (2) orang rakan kongsi untuk menjayakan perniagaan ini.

LOKASI PERNIAGAAN
·                                           De’Choco telah menetapkan lokasi perniagaan di kawasan super market yang juga berdekatan dengan pusat membeli belah. Kawasan tersebut juga berdekatan dengan luar Bandar dan lokasi ini berhampiran dengan pejabat-pejabat kerajaan dan swasta serta pasaraya dan hotel-hotel.

TARIKH PERNIAGAAN MEMULAKAN OPERASI
·                                          De’Choco telah menetapkan tarikh perniagaan akan mula beroperasi pada 23 March 2012. De’Choco memilih tarikh ini kerana menjangkakan pada tahun 2012 nanti, ekonomi Negara semakin meningkat dan ramai pelanggan yang mampu membeli coklat-coklat di De’Choco.




MISI

·         Mengeluarkan produk-produk pertanian yang berkualiti secara komersial untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

·         Menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti tinggi kepada pelanggan dalam masa LIMA (5) tahun.
·         Membantu merealisasikan dasar kerajaan dalam meningkatkan pengeluaran bahan makanan.
·         Menghasilkan produk yang terbaik dan bermutu tinggi beserta memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.
VISI
·         Menjadi sebuah kedai coklat yang terkenal di seluruh Malaysia dan luar Negara.
·         Ingin memperluaskan pasaran ke seluruh negeri Malaysia.
·         Menjadi pusat pembuatan coklat yang terkenal dengan kualiti produk yang dihasilkan serta  boleh meluaskan pasaran.
·         Menjadi pengeksport terbesar di asia.